ZAMAN PENJAJAHAN

 ZAMAN PENJAJAHAN     
Penjajahan merujuk kepada penguasaan dan kawalan kuasa asing terhadap sebuah wilayah dan penduduknya atas kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957 oleh negara berikut;
  • PORTUGIS - 1511 HINGGA 1641 (130 TAHUN)
  • BELANDA- 1641 HINGGA 1824 (183 TAHUN)
  • BRITISH- 1824 HINGGA 1941 (117 TAHUN)
  • JEPUN- 1941 HINGGA 1945 (4 TAHUN)
  • BRITISH- 1945 HINGGA 1957 (12 TAHUN)
PORTUGIS
  • Portugis datang ke Tanah Melayu untuk menguasai perdagangan rempah yang dimonopoli oleh pedagang Islam. 
  • Portugis juga ingin mengukuhkan dan meluaskan pengaruhnya di Timur serta menyebarkan dan mengPembangkan ajaran Kristian.
  •  Portugis tertarik dengan Melaka kerana lokasi dan kedudukannya yang strategik, iaitu di tengah-tengah laluan antara India dan China.
 SISTEM PENTPPADBIRAN PERDAGANGAN PORTUGIS DI MELAKA SEPERTI YANG BERIKUT :
a) Kapal-kapal pedagang wajib membayar cukai 6-10% daripada hasil dagangan
b) Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang.
c) Portugis memonopoli barang dagang utama (membeli barang dengan harga rendah dan menjualnya dengan harga tinggi)
d) Diskriminasi terhadap pedagang Islam.
  • Portugis telah menawan Melaka selama 130 tahun.
  • Portugis telah berjaya menawan Melaka di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque.
  • Beliau telah membina kota A Famosa untuk melinndungi Melaka daripada serangan Sultan Mahmud.
  • Akhirnya, Portugis tewas apabila waris kesultanan Melayu Melaka di Johor berjaya menawan Melaka pada tahun 1641 dengan bantuan Belanda.

BELANDA
  • Pihak Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) atau Vereenigden Oost-Indiscle Compagnie (VOC) pada 20 Mac 1602.
  • Pusat pentadbiran utama Belanda adalah di Betawi (Jakarta), iaitu di Pulau Jawa.
  • Belanda telah menyerang Melaka beberapa kali untuk mengatasi kuasa Portugis dan berusaha untuk menghancurkan pelabuhan Melaka bagi menarik pedagang asing ke Betawi serta menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.
  • Belanda juga cuba untuk menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di negeri-negeri Melayu.
  • Pertengahan tahun 1640, Belanda bersatu dengan Kerajaan Melayu Johor untuk menyerang Portugis dan menawan Melaka.
  • Selepas berperang selama 6 bulan akhirnya Portugis menyerah kalah pada Januari 1641.
  • Belanda mendesak Johor menandatangani perjanjian perdagangan yang menetapkan semua kapal yang belayar ke utara melalui Selat Melaka hendaklah mendapatkan kebenaran Belanda.
  • Belanda menjadikan Melaka sebagai pangkalan untuk memaksa kapal dagang yang melalui Selat Melaka supaya berdagang di Betawi.
   
TAHUN
CATATAN
 1639
  • Sultan Muzaffar Syah II (Raja Sulong) membenarkan Belanda menjalankan perdagangan  timah di Perak.
1640

  • Belanda menawarkan bantuan ketenteraan kepada Sultan Abdul Jalil Shah, Sultan Johor untuk menyerang Portugis di Melaka serta menyerahkan negeri Melaka kepada Johor.
1641

  • Belanda mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan kerajaan Johor (Belanda menipu Johor dan menjadi penjajah baru di Melaka).
1650

  • Joan Truijtman menandatangani surat perjanjian dengan Sultan Muzaffar di Perak. Syarat perjanjian:
  •           -Perak mesti menjual timah kepada Belanda dan Aceh sahaja.
  •           -Perak tidak dibenarkan timah pada orang Eropah dan India.
  •           -Kerajaan Perak hendaklah memberi tanah kepada Belanda untuk               mendirikan loji.

  • Bangunan Stadhuys (penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya serta sebagai pusat pentadbiran Belanda) dibina di Melaka.
1651
  • Belanda mendirikan loji di Tanjung Putus, Kuala Sungai Perak tetapi dibinasakan oleh orang Melayu Perak.
1655

  • Joan Truijtman dihantar sekali lagi ke Perak untuk memperbaharui perjanjian pada tahun 1650 dengan Sultan. Antara tambahan syarat perjanjian:
         -Kerajaan Perak perlu membayar wang 50,000 rial kepada Belanda             sebagai ganti rugi di Tanjung Putus yang dimusnahkan.
  • Belanda membuka loji sementara di Kuala Perak.
1670
  • Belanda membina kota kayu di Pulau Pangkor.
1757

  • Belanda mengalahkn orang Bugis yang menguasai daerah Linggi.
1758

  • Perjanjian Belanda dengan orang Bugis supaya Klang, Linggi dan Rembau menjual hasil timah ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh Belanda.
1786

  • Sultan Ibrahim (Selangor) menandatangani perjanjian dengan Belanda untuk memberikan monopoli timah di Selangor kepada Belanda.
1795

  • Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui surat-surat Kew bagi mengelakkan semua tanah jajahannya jatuh kepada Perancis disebabkan Perang Napoleon di Eropah.
1818

  • British memulangkan semula Melaka kepada Belanda mengikut perjanjian Vienna.
1824
  • Belanda menyerahkan Melaka kepada British mengikut perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London)

KESAN-KESAN PERJANJIAN INI ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT ;


a) Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaru -Kawasan utara dan timur Kepulauan Melayu (termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei) dikuasai British, manakala Belanda menguasai kawasan selatan dan barat.

b) Perpecahan Empayar Johor-Riau -Singapura dan Tanah Besar Johor di bawah kuasa British, manakala Kepulauan Riau dibawah kuasa Belanda.

c) Persaingan kuasa antara Belanda dan British semakin sengit -British dan Belanda berselifih faham tentang butir-butir wilayah yang merujuk "sebarang pulau yang terletak diselatan Singapura"

NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)
  • Penguasaan British di Tanah Melayu bermula dengan penempatan British di Pulau Pinang pasa 11 Ogos 1786 dan Singapura pada 6 Februari 1819.
  • British mempunyai tanah jajahan yang ketiga setelah Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824.
  • Ketiga-tiga tanah jajahan British tersebut diletakkan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826.
  • Tahun 1832 pusat pentadbiran NNS di Pulau Pinang dipindahkan ke Singapura.
  • Pentadbiran NNS ditadbir secara langsung oleh Gabenor Jeneral di Calcutta, India. 
  • Pada 1 April 1867 pentadbiran NNS dipindahkan secara rasmi dari India ke Pejabat Tanah Jajahan di London.


DISEDIAKAN OLEH; SITI NURJANNAH

Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.3 Konsep Keluhuran Perlembagaan

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU