BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA



2.0 PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan kerajaan dan menjadi pandua kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara. Kebanyakkan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dalam bentuk bertulis termasuk Malaysia, iaitu prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpul dan dikanunkan di dalam satu dokumen. Namun, terdapat juga perlembagaan dalam bentuk tidak bertulis, iaitu sejenis perlembagaan yang tidak dikanunkan di dalam satu dokumen.


2.1 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan buat kali pertama. Kemudian, diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

JADUAL SUSUNAN PERKARA-PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN


Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang tertinggi dan mustahak serta menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Ia digubal berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembgaan persekutuan yang asal mengadungi 14 bahagian dengan 181 perkara kemudian pada tahun 1984, telah menambah lagi 1 bahagian dengan 2 perkara . Kini, Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan menyentuh bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas YDPA, parlimen, kabinet, badan kehakiman, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan agama islam, kedudukan istimewa orang melayu, kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak, perkhidmatan awam, hak asasi dan pilihan raya. 

2.2.1 SURUHANJAYA REID

Pada Mac 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persukutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord William Reid (Hakim Mahkahmah Rayuan England)dan dianggotai oleh empat orang ahli dari negara Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (ahli akademik dari Britain), Sir William Mckell(ahli politik dari Australia), Tuan B.S Malik (Ketua Hakim Mahkahmah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkahmah Pakistan). Ahli yang dilantik untuk menganggotai Suruhanjaya Reid telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan Menteri Perikatan.  


Tanggungjawab yang dilaksanakan :

  • Memeriksa perlembagaan di Tanah Melayu
  • Mengambil kira kedudukan Raja Melayu
  • Syor supaya perlembagaan persekutuan berasaskan demokrasi berparlimen 
  • Mempunyai dua dewan perundangan dengan peruntukkan:

  1. Kerajaan pusat yang kuat 
  2. Memelihara kedudukan dan martabat Raja Berperlembagaan
  3. Memilih seorang ketua negara (YDPA) dalam kalangan Raja- raja Melayu 
  4. Kewarganegaraan yang sama untuk seluruh Persekutuan 
  5. Menjaga kedudukan istimewa masyarakat Melayu serta hak-hak sah kaum lain  

DISEDIAKAN OLEH : NUR AMIRA 

Comments

Popular posts from this blog

2.3 Konsep Keluhuran Perlembagaan

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU