INGGERIS

INGGERIS 
(DISEDIAKAN OLEH :SITI NURJANNAH)
  • Pada tahun 1600, British membuat persiapan untuk berdagang di Timur dengan menubuhkan Syarikat Hindi Timur Inggeris (SHTI) atau East India Company (EIC).
  • British ingin mencari pelabuhan baharu sebagai pengkalan laut untuk kapal-kapal British yang berlayar di timur Teluk Benggala.
  • British mula datang ke Kepulauan Melayu pada awal abad ke-17.
  • Kedatangan British ke Tanah Melayu untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu.
  • Penjajahan British di Tanah Melayu bermula apabila Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa meng6ghantar surat Gabenor British di Madras, India untuk mendapatkan bantuan tentera British daripada ancaman Bugis pada tahun 1771.
  • Permohonan tersebut ditolak oleh British.
  • Sultan Muhammad Jiwa menghantar seorang utusan ke Acheh bagi menemui pegawai EIC, iaitu Francis Light untuk menubuhkan pusat perdagangan di Kuala Kedah.
  • Francis Light telah menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada 11 Ogos 1786.
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824
Perjanjian Inggeris-Belanda telah dibuat pada 17 Mac 1824 tujuan menamatkan persaingan antara Belanda dan British di Kepulauan Melayu.
BIL
CATATAN
1
Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka serta semua jajahan takluknya kepada British. 
2
British menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu (Bengkulen) dan semua kawasan kepunyaan SHTI di Sumatera kepada Belanda. 
3
Belanda menarik balik bantahannya berhubung pendudukan Inggeris di Singapura dan mengiktiraf British di Singapura (dengan syarat British tidak meluaskan pengaruhnya ke Pulau Karimun dan pulau-pulau di selatan Singapura. 
4
Belanda berjanji tidak campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian dengan pemerintah tempatan di Tanah Melayu. 
5
 British berjanji tidak campur tangan dan membuat sebarang perjanjian atau persetiaan di Sumatera, Pulau Karimon, Kepulauan Riau-Lingga dan mana-mana bahagian di selatan Singapura.
6
 British dan Belanda bersetuju bekerjasama dalam urusan perdagangan dan menghapuskan kegiatan lanun.
7
 Jika mana-mana pihak mengundurkan diri daripada salah satu kawasan, maka pihak satu lagi berhak menduduki kawasan yang ditinggalkan.
8
 Pemerintahan anak negeri dibenarkan membuat perhubungan secara bebas dengan kedua-dua kuasa dan sesama pemerintah tempatan.
9
Hutang Belanda kepada British akibat Perang Napoleon selesai dengan pembayaran 100,000 paun (Sepanyol)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.3 Konsep Keluhuran Perlembagaan

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU