BLOG DINAMAKAN A'FAMOSA

SEBAB BLOG DINAMAKAN A'FAMOSA




Kota A'famosa merupakan salah satu bangunan atau tempat bersejarah yang menjadi simbolik di Malaysia iaitu tanah tumpahnya darahku. Kota A'famosa yang bermaksud 'yang termashur' dalam bahasa Portugis yang telah dibina oleh Portugis sebaik berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A'famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan dengn replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia juga nmerupakan senibina Eropah yang tertua yang masih gah berada di tanah Asia. Punca utama kami memilih A'famosa sebagai nama kumpulan kerana terdapat pelbagai kisah menarik di sebalik sebelum pembinaan., semasa pembinaan dan setelah siap proses pembinaan bangunan yang telah menjadi sejarah di negara kita ini. Walaupum bangunan ini dibina orang Portugis selepas menakluk Melaka pada tahun 1511 untuk dijadikan kubu pertahanan mereka. Kota A'famosa ini mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan 70 meriam ke semua arah. A'famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah dan Jalan Istana. A'famosa bukan sahaja dijadikan tempat berejarah malah penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat, biara, hospital dan sebagainya.


DISEDIKAN OLEH ; NUR AMIRA

Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.3 Konsep Keluhuran Perlembagaan

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU