PEMBELAJARAN MINGGU PERTAMA

BAB 1 : SEJARAH DAN POLITIK

1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
 
  • Sejarah bermula sebelum era kesultanan melayu Melaka.
  • Pengkaji sejarah menunjukkan kemunculan kesultanan melayu Melaka pada awal 1400m merupakan era permulaan sejarah masyarakat.
  • Pengkaji arkeologi membuktikan munculnya beberapa buah kerajaan awal di gugusan kepulauan melayu.
  • Antara kerajaan melayu awal di semenanjung tanah melayu ialah :
          a) Kerajaan Tun-Sun, Ko-Lo,Pan Pan Di Semenanjung Kra
          
          b) Kerajaan Langkasuka Di Patani
   
          c) Kerajaan Chih-Tu Di Kelantan

          d)Kerajaan Tan-Tan Di Terengganu

          e) Kerajaan Lo-Yueh Di Johor

          f) Kerajaan Kedah Tua Di Kedah

          g) Kerajaan Gangga Negara Di Perak

  • Sumber bertulis yang menerangkan sejarah melayu ialah SULATUS SALATIN yang dikenali sebagai melayu atau hikayat melayu.

1.1.1 KESULTANAN MELAYU MELAKA
 







  • Melaka diasaskan oleh Parameswara yang merupakan putera raja kerajaan Srivijaya  
  • Parameswara telah diserang oleh kerajaan Majapahit lalu mengundurkn diri dari palembang dan melarikan diri ke temasik (Singapura).   
  • Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke Muar apabila mengetahui bahawa kerajaan Ayudhya , Siam yang menjadi penanung Temasik 
  • Kemudian Parameswara dan pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu di Muar seterusnya di Sening Hjung Bertam dan akhirnya ke Melaka 
  • asal usul nama Melaka diambil sempena nama sebatang pokok iaitu " Malaka " atau  pandangan lain mengatakan berasal daripada istilah arab iaitu Malaqat yang bermaksuf tempat perlindungan .



PEMERINTAHAN

  • Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun. 
  • Sultan merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh sistem pembesar.
  • Sistem pembesar utama yang membantu sultan dalam mentadbir melaka ialah :

JAWATAN 
FUNGSI 
 Bendahara
-Penasihat Kanan Raja
-Pemangku Raja dan bertindak sebagai Ketua Hakim semasa ketiadaan Raja
-Pemilih dan pelantik Raja
 Penghulu Bendahari
 -Mengawal perbendaharaan negara
-Memungut cukai dan hasil negeri
-Menyimpan daftar hamba Raja
-Ketua bagi semua Syahbandar
 Temenggung
 -Ketua dan pelaksana undang-undang
-Ketua polis negara
-Pendakwa bagi kesalahan individu
-Ketua protokol dalam urusan adat istiadat
 Laksamana
 -Ketua bagi semua pahlawan terutama di laut
-Memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi
-Menjadi diplomat dam membawa utusan kerajaan


SISTEM PEMERINTAHAN MELAKA


  • Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang digubal berlandaskan undang-undang Islam dalam pemerintahan negeri.
  • Penguatkuasaan undang-undang tersebut berjaya menjadikan Melaka sebagai sebuah negara berdaulat, aman dan harmoni.

 HUKUM KANUN MELAKA
 HUKUM LAUT MELAKA 
 44 fasal yang meliputi : 
  • Bidang kuasa Raja dan pembesar 
  • Pantang larang dalam kalangan masyarakat 
  • Hukuman terhadap pesalah jenayah awam 
  • Peraturan rasmi di istana 
  • Adat atau cara menyambut utusan dan undang - undang keluarga 

Tatacara pelayaran yang merangkumi : 

  • Tugas dan tanggungjawab pengawal kapal 
  • Aturcara pelayaran 
  • Perniagaan 
  • Tugas nakhoda kapal 
  • Hukuman terhadap kesalahan jenayah 


  • Melaka telah berjaya diperluas empayarnya sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera ketika berada di bawah pemerintahan Sultan Mansur.
  • Pahang, Kelang, Kelantan dan Terengganu merupakan negeri tertaklukan Melaka di Semenanjung Tanah Melayu.
  • Kedah dan Perak merupakan negeri yang meminta perlindungan dari Melaka.
  • Menjadikan Kedah dan Perak negeri naungan Melaka di Semenanjung.


PERDAGANGAN

  • Kedudukan geografi Selat Melaka yang strategik telah menjadi pusat tumpuan pedagang-pedagang dari luar.
  • Melaka kaya dengan sumber asli seperti hasil hutan dan sumber galian seperti emas dan bijih timah.
  • Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keagungan dan keemasan kerajaan Melayu "The Venice of the East".
  • Hubungan rapat antara China dan Melaka memberi kelebihan kepada Melaka untuk berlindung daripada ancaman Siam.


KEJATUHAN MELAKA 
  • Zaman kesultanan Melayu Melaka runtuh semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah setelah Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511.
  • Alfonso de Albuquerque yang mengetuai tentera Portugis telah berjaya menawan Melaka pada 25 Ogos 1511.
  • Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Muar, Pahang dan akhirnya ke Bintan.
  • Kekalahan Melaka disebabkan dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
 FAKTOR DALAMAN
FAKTOR LUARAN 
 - Pemerintahan Sultan Mahmud Shah yang lemah akibat rasuah dan fitnah 

-Pentadbiran negeri yang tidak cekap dan pilih kasih 

-Berlaku permusuhan antara orang melayu dan india muslim 

-Kegiatan perdagangan yang merosot akibat rasuah dan pilih kasih   

- Orang laut tidak membantu Melaka semasa serangan Portugis kerana Bendahara tidak menjaga kebajikan mereka 
 - Penemuan jalan perdagangan baru iaitu Tanjung Harapan pada 1488 oleh Bartholomew Diaz 
-Sikap tidak jujur pedagang asing yang membantu Portugis khasnya pedagang Cina dan India 
-Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511
 


Disediakan oleh ; SITI NURJANNAH DAN NAJAH NUR ATIKAH

Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.3 Konsep Keluhuran Perlembagaan

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU