Posts

Showing posts from December, 2019

KESAN-KESAN PERJANJIAN

KESAN-KESAN PERJANJIAN INI ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT : a) Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh - Kawasan utara dan timur Kepulauan Melayu (termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei) dikuasai British, manakala Belanda menguasai kawasan selatan dan barat. b) Perpecahan Empayar Johor-Riau -Singapura dan Tanah Besar Johor di bawah kuasa British manakala Kepulauan Riau dibawah kuasa Belanda. c) Persaingan kuasa antara Belanda dan British semakin sengit - British dan Belanda berselisih faham tentang butir-butir wilayah yang merujuk "sebarang pulau yang terletak diselatan Singapura" DISEDIAKAN OLEH : SITI NURJANNAH 

INGGERIS

INGGERIS  (DISEDIAKAN OLEH :SITI NURJANNAH) Pada tahun 1600, British membuat persiapan untuk berdagang di Timur dengan menubuhkan Syarikat Hindi Timur Inggeris (SHTI) atau East India Company (EIC). British ingin mencari pelabuhan baharu sebagai pengkalan laut untuk kapal-kapal British yang berlayar di timur Teluk Benggala. British mula datang ke Kepulauan Melayu pada awal abad ke-17. Kedatangan British ke Tanah Melayu untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu. Penjajahan British di Tanah Melayu bermula apabila Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa meng6ghantar surat Gabenor British di Madras, India untuk mendapatkan bantuan tentera British daripada ancaman Bugis pada tahun 1771. Permohonan tersebut ditolak oleh British. Sultan Muhammad Jiwa menghantar seorang utusan ke Acheh bagi menemui pegawai EIC, iaitu Francis Light untuk menubuhkan pusat perdagangan di Kuala Kedah. Francis Light telah menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada 11 Ogos 1786. PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824

ZAMAN PENJAJAHAN

  ZAMAN PENJAJAHAN      Penjajahan merujuk kepada penguasaan dan kawalan kuasa asing terhadap sebuah wilayah dan penduduknya atas kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957 oleh negara berikut; PORTUGIS - 1511 HINGGA 1641 (130 TAHUN) BELANDA- 1641 HINGGA 1824 (183 TAHUN) BRITISH- 1824 HINGGA 1941 (117 TAHUN) JEPUN- 1941 HINGGA 1945 (4 TAHUN) BRITISH- 1945 HINGGA 1957 (12 TAHUN) PORTUGIS Portugis datang ke Tanah Melayu untuk menguasai perdagangan rempah yang dimonopoli oleh pedagang Islam.  Portugis juga ingin mengukuhkan dan meluaskan pengaruhnya di Timur serta menyebarkan dan mengPembangkan ajaran Kristian.  Portugis tertarik dengan Melaka kerana lokasi dan kedudukannya yang strategik, iaitu di tengah-tengah laluan antara India dan China.  SISTEM PENTPPADBIRAN PERDAGANGAN PORTUGIS DI MELAKA SEPERTI YANG BERIKUT : a) Kapal-kapal pedagang wajib membayar cukai 6-10% daripada hasil d

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU

Image
 1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU  TEORI dan FAKTOR KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA Agama Islam tersebar di Asia Tenggara melalui peranan para pedagang Islam dari Tanah Arab , India , China .Terdapat beberapa teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara seperti : PERANAN  TOKOH SEJARAH   CATATAN   Pedagang Islam dari semenanjung Tanah Arab  John Crawford (disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naqiuddin Al-Attas)  Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China terutama pada abad ke-7  Masihi iaitu setelah kemunculan Islam di Mekah   Wujud persamaan antara bahan penulisan dan kesusteraan Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab  Kebanyakkan karya tempatan menceritakan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara oleh " Syeikh " dari semenanjung Tanah Arab seperti karya Hikayat Raja -Raja Pasai ,Hikayat Merong Mahawangsa   Pedagang Islam dari China   Emanuel Gad

NEGERI KEDAH

Image
NEGERI KEDAH DISEDIAKAN OLEH : NUR AMIRA

NEGERI KELANTAN

Image
NEGERI KELANTAN  DISEDIAKAN OLEH : NUR AMIRA

NEGERI TERENGGANU

Image
NEGERI TERENGGANU DISEDIAKAN OLEH; SITI NURJANNAH

NEGERI SELANGOR

Image
 NEGERI SELANGOR DISEDIAKAN OLEH, SITI NURJANNAH

BLOG DINAMAKAN A'FAMOSA

Image
SEBAB BLOG DINAMAKAN A'FAMOSA Kota A'famosa merupakan salah satu bangunan atau tempat bersejarah yang menjadi simbolik di Malaysia iaitu tanah tumpahnya darahku. Kota A'famosa yang bermaksud 'yang termashur' dalam bahasa Portugis yang telah dibina oleh Portugis sebaik berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A'famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan dengn replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia juga nmerupakan senibina Eropah yang tertua yang masih gah berada di tanah Asia. Punca utama kami memilih A'famosa sebagai nama kumpulan kerana terdapat pelbagai kisah menarik di sebalik sebelum pembinaan., semasa pembinaan dan setelah siap proses pembinaan bangunan yang telah menjadi sejarah di negara kita ini. Walaupum bangunan ini dibina orang Portugis selepas menakluk Melaka pada tahun 1511 untuk dijadikan kubu pertahanan mereka. Kota A'famosa ini mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Menjelang tahun 1583, Melaka tela

BIODATA AHLI KUMPULAN :

Image
BIODATA AHLI KUMPULAN :                           NAMA : NAJAH NUR ATIKAH BINTI RAMLE                           UMUR : 18 TAHUN                           KELAS : DLS 1A                           ASAL : KANGKAR PULAI JOHOR                           BIDANG YANG PERNAH DICEBURI : TEATER DAERAH KULAI  NAMA : SITI NURJANNAH BINTI RADZMAN                             UMUR : 18 TAHUN                             KELAS : DLS 1A                             ASAL : KLUANG, JOHOR                             BIDANG YANG PERNAH DICEBURI :  WAKIL BOLA JARING                                  PERINGKAT MSSD, MSSJ DAN WAKIL BOLA JARING LUAR,                                WAKIL KAWAD KAKI KADET POLIS PERINGKAT MSSD,                                      NEGERI DAN KEBANGSAAN. NAMA : NUR AMIRA BINTI MOHD ANUARUDIN                          UMUR : 18 TAHUN                          KELAS : DLS 1A                          ASAL

PEMBELAJARAN MINGGU PERTAMA

Image
BAB 1 : SEJARAH DAN POLITIK 1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA   Sejarah bermula sebelum era kesultanan melayu Melaka. Pengkaji sejarah menunjukkan kemunculan kesultanan melayu Melaka pada awal 1400m merupakan era permulaan sejarah masyarakat. Pengkaji arkeologi membuktikan munculnya beberapa buah kerajaan awal di gugusan kepulauan melayu. Antara kerajaan melayu awal di semenanjung tanah melayu ialah :           a) Kerajaan Tun-Sun, Ko-Lo,Pan Pan Di Semenanjung Kra                      b) Kerajaan Langkasuka Di Patani               c) Kerajaan Chih-Tu Di Kelantan           d)Kerajaan Tan-Tan Di Terengganu           e) Kerajaan Lo-Yueh Di Johor           f) Kerajaan Kedah Tua Di Kedah           g) Kerajaan Gangga Negara Di Perak Sumber bertulis yang menerangkan sejarah melayu ialah SULATUS SALATIN yang dikenali sebagai melayu atau hikayat melayu. 1.1.1 KESULTANAN MELAYU MELAKA   Melaka diasaskan oleh Parameswara