PEMBELAJARAN MINGGU KE SEPULUH.

4.2  DASAR-DASAR UTAMA MALAYSIA

Dalam tempoh dua puluh tahun pelaksanaan DEB (1970-1990) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRPJ1), ekonomi Malaysia telah berkembang pesat dan mengagumkan walaupun menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Kerajaan melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRPJ2) berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Matlamat utama DPN ialah membentuk masyarakat bersatu padu di samping membina kestabilan politik, ekonomi dan sosial.


DPN digubal merangkumi perkara-perkara yang berikut :

1. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama.

2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama.

3. Mengurangkan dan menghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil daripada pembangunan negara.

4. Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri-negeri dan kawasan-kawasan.

5. Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi.

6. Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif.

7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi.

8. Memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.


DPN juga memberi fokus pada strategi-strategi yang berikut :

1. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan. 

2. Persaingan dalam pasaran antarabangsa.

3. Wawasan 2020-menjelang tahun 2020, Malaysia akaGn muncul sebagai sebuah negara maju.


4.2.1 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta sejarah serantau dan kedudukan negara sebagai pusat tamadun serta pusat pertemuan bagi aktiviti perdagangan serantau. Sebagai satu proses berterusan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip yang berikut :

1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini yang merupakan pemancaran dan pengembangan warisan kebudayaan Melayu sejak zaman-berzaman dan ditambah dengan kegemilangan serta keagungan tamadun Melayu.

2.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar. Prinsip ini bertepatan dengan penduduk berbilang kaum, iaitu Melayu, Cina, India, Arab dan lain-lain dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

3. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu membawa satu perubahan terhadap pandangan hidup yang amat bererti dalam kalangan rakyat.


OBJEKTIF DASAR

Terdapat tiga objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti yang berikut :

1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.

2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan.

3. Memperkaya dan mempertimbangkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.


STRATEGI DAN PELAKSANAAN DASAR.

Strategi dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah seperti yang berikut :

1.Memulih, memelihara dan membangunkan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.

2.Meningkatkan dan mengukuh kepemimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, pendokong dan penggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

3.Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
.
4.Membina sosiobudaya tempatan di seluruh negara.

5.Meninggikan taraf dan mutu kesenian. 


Dasar ini merupakan satu usaha tegas untuk mewujudkan perpaduan dan kejiwaan kebangsaan.
Pembinaan kebudayaan ini adalah penting untuk melahirkan nilai-nilai dinamik, progresif, demokratik dan rasional serta sayang akan negara dalam kalangan masyarakat. Kebudayaan berkembang mengikut pemikiran, nilai, pandangan dan perubahan masyarakat.




DISEDIAKAN OLEH ; SITI NURJANNAH









Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.3 Konsep Keluhuran Perlembagaan

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU