BAB4 :PEMBANGUNAN NEGARA

PEMBANGUNAN NEGARA

 



RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA 

Kerajaan bertanggungjawab menurun kadar kemiskinan dalam kalangan orang melayu dan menyeimbangkan pembangunan ekonomi di bandar dan luar bandar di samping menjaga keselamtan negara.Dasar pembangunan negara selepas merdeka ialah menghasilkan pembangunan yang seimbang dalam semua sektor ekonomi.

Rancangan pembangunan negra terbahagi kepada tiga peringkat iaitu perancangan pramerdeka,perancangan selepas merdeka ,perancangan era Dasar Ekonomi Baru.

1. Perancangan peringkat pertama (zaman pramerdeka)meliputi rangka pembangunan Persekutuan     Tanah Melayu(1950-1955) dan sebahagian dari Rancangan Malaya Pertama.

2.Peringkat kedua iaitu perancangan selepas merdeka meliputi Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)  dan sebahagian Rancangan Malaysia Pertama (1960-1970) iaitu selepas Malaysia ditubuhkan.

3.Peringkat ketiga ,iaitu Rancangan Pembangunan Negara meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu Rancangan Malaysia kelima (1986-1990).


RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI 


RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)

RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)
(Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan hingga 1990)

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)

RANCANGAN MALAYISA KEEMPAT (1981-1985)

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1990-1995)

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996-2000)

RANCNNGAN MALAYSIA KELAPAN (2001-2005)

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2020)

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011-2015)

RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2016-2020)


RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP)DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM) 

  • RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)
Matlamat utama : 

-Untuk memajukan sektor luar bandar 
-Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak perlu bergnatung pada sektor ekonomi 

  • Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu: 

-Rural Industrial Development Authority (RIDA) -1953 nama baru MARA 
-Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA ) 

  • Pengurusan MARA dan FELDA - di bawah Kementeriaan Pembangunan Negara dan Luar bandar 
  • Harga pasaran dunia bagi getah  dan biji timah telah jatuh semasa Rancangan Malaya Pertama 

  • RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)
-Memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar 
-Menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan penempatan baharu di bawah program FELDA 
-Menggiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman 
-Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)1966

Tujuan :

- Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian 
-Mengurangkan pergantungan kepada orang tengah 
-Melibatkan penyertaan rakyat dalam rancangan pembangunannya 


  • RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
-  Memberi tumpuan kepada aspek -aspek integrasi dalam kalangan penduduk malaysia 
-Supaya sebarang penggubalan dasar pembangunan dapat meningkatkan kebajikan semua rakyat 

Beberapa buah agensi kerajaan turut dikahirkan dibawah RMK-1 ialah : 

a. Majlis Amanah Rakyat (MARA)1966
b. Bank Bumiputera 1966
c.Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia /Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) 1967 
d.Lembaga Penasihat Tarif 
e. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969


  • RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)
-RMK-2 berteraskan program pembangunan jangka panjang, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB)dikenali sebagai Serampang Dua Mata 

Matlamatnya : 

-Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum
-Menyusun semula masyarakat Malaysia dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi - fungsi kaum .

  • RANCANGAN MALAYSIA KETIGA ( 1976-1980)
-Merupakan peringkat kedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 
-Pembangunan sektor pertanian dan perindustrian terus digiatkan bagi memdapatkan pendapatan ,produktiviti dan peluang pekerjaan 

  • RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)
-Dilancarkan ketika suasana dunia dilanda kemelesetan 
-Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baharu seperti mengadakan sistem mini estet pertanian
,koperasi dan strategi pembangunan luar bandar 
-Program yang diperkenalkan sejajar  dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Baru bagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar .

  • RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)
-Dilancarkan semasa ekonomi Malaysia masih lagi meleset
-Berasaskan pertumbuhan yang lebih rendah 
-Meningkatkan semua sektor swasta menerusi kelongaran peraturan dan kawalan dari segi hak milik syarikat ,perlesenan dan kegiatan ekonomi
-Strategi baru juga diperkenalkan iaitu R&D bagi meningkatkan produktiviti keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan .

  • RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995) 
-Mengekalkan proses pertumbuhan yang dinikmati oleh negara-negara selepas kemelesetan ekonomi.
-Strategi pembangunan merangkumi dasar-dasar mempelbagaikan industri asas,meningkatkan sumber-sumber manusia ,,penggunaan teknologi baru dan mengurangkan ketidak seimbangan struktur.
-Menumpukan usaha ke arah meningkatkan produktiviti dalam menggariskan program-program pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar


  • RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996-2000)
-Strategi lain ialah peralihan kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industri Malaysia 
-Memperluaskan dan memperkaya asas sain dan teknologi .
-Konsep pensyarikatan Malaysia ,perkhidmatan awam dan kerajaan untuk terus menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi persaingan di peringkat global.


  • RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2001-2005)
-Ekonomi Malaysia menghadapi cabaran yang besar kesan peningkatan globalisasi ,liberasid dan kemajuan pesat dalam teknologi ict 
-Tertumpu kepada pembangunan ekonomi berdasarkan penawaran tenaga buruh yang berkualiti meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan R&D dan mempercepatkan pembangunan sektor ekonomi . 


  • RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN ( 2006-2010)
-Bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara 
-seperti kesan krisis kewangan dan kenaikan harga minyak 

  • RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011-2015)
-Mencartakan perjalanan pembangunan negara ke arah mencapai wawasan 2020.
-Negara memerlukan model ekonomi yang baharu untuk terus maju dan menyertai kumpulan negara berpendapatan tinggi 
-Transformasi ekonomi yang diperlukan amat menyeluruh dan hanya boleh dijayakan melalui komitmen dan usaha semua pihak 

  • RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS 
-Menjadi transformasi terakhir dalam matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi .

DISEDIAKAN OLEH :NAJAH NUR ATIKAH 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.3 Konsep Keluhuran Perlembagaan

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU