PENGORBAN BARISAN HADAPAN DI ERA PENDAMIK COVID19 DIANGGAP JIHAD YANG TERPUJI.

Selamat Datang ke Blog Kami
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Kami dari Politeknik METro Johor Bahru. Program Diploma Logistics And Supply Chain Management (DLS). Kami telah diberikan tugasan bagi kursus Komunikasi Penyiaran Islam Oleh Ustaz Khairul Nizam Bin Mohd Khalid. Tajuk yang kami hendak kongsikan kepada kamu adalah Pengorbanan barisan hadapan di era pendamik covid19 dianggap Jihad yang terpuji.

Disediakan Oleh : 

1.SITI NURJANNAH BINTI RADZMAN   (30DLS19F2005)

2.NAJAH NUR ATIKAH BINTI RAMLE    (30DLS19F2009)

3.KIRTNA A/P SIVAM                              (30DLS19F2023)

4.NUR AMIRA BINTI MOHD ANUARUDIN (30DLS19F2025)

Jom!! Kita Melihat Tentang Tajuk Tersebut!!



Pengenalan


 

               Secara umumnya,kita dapati bahawa negara kita telah dilanda pandemik covid-19 bermula pada Mac 2020 di Malaysia dan penyakit ini juga tersebar secara meluas tidak kira di Malaysia tetapi juga di luar negara.Permulaan wabak COVID-19 yang mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember 2019 .Penyakit ini merupakan paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia.Penularan covid -19 menjadi kerisauan kepada rakyat Malaysia kerana secara global telah menjangkiti lebih 100 juta manusia dan mengakibatkan kehilangan lebih sejuta nyawa setakat ini. Selain itu, penyebaran jangkitan koronavirus juga telah mengubah corak kehidupan manusia serta merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan begitu drastik. Dalam erti kata lain, COVID-19 merupakan penyakit yang merebak melalui virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan wabak Coronavirus 2020 menular pada skala global (WORLD HEALTH ORGANISATION (WHO),2020), dengan kes jangkitan mencecah 100 juta dan kematian hamper sejuta.

        Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 akibat penularan COVID-19 di negara dan luar negara, aktiviti yang melibatkan perhimpuanan orang ramai dihentikan, termasuk pembelajaran di kampus universiti-universiti untuk mengelakkan penularan penyakit COVID-19 ke lebih ramai orang. Sempadan negara kita masih ditutup dengan keputusan tidak membenarkan warga asing masuk ke negara kita sebab setakat ini jangkitan Covid-19 di negara luar masih serius.Barisan hadapan yang merupakan paling utama bertungkus lumus ketika perkara ini terjadi dan bertanggungjawab ketika covid berlaku terutamanya doctor, jururawat,polis,askar dan barisan hadapan yang lain. Setiap barisan hadapan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh amanah .Barisan hadapan harus memikul tanggungjawab yang berat demi keselamatan dan nyawa seseorang. Barisan hadapan merupakan tonggak utama dalam keamanan negara yang berjuang sehabis baik tidak kira masa. Barisan hadapan sanggup berkorban masa dan tenaga mereka tidak kira apa juga halangan demi keselamatan rakyat Malaysia.Barisan hadapan juga telah banyak memberi jasa dan menaikkan imej negara tidak kira dalam apa jua perkara.Mereka juga telah membuat banyak perubahan dalam negara dan banyak menyumbang kepada pembangunan negara.


OBKEKTIF DAN PENULISAN

 

 

➢ Menjaga keselamatan negara

 

➢ Memperjuangkan masa

 

➢ Menjaga nama negara dan agama

 

➢ Mengutamakan kesihatan

 

➢ Menjaga kebajikan masyarakat

 

 


PENGORBAN BARISAN HADAPAN DI ERA PENDAMIK COVID19 DIANGGAP JIHAD YANG TERPUJI.



1.    Menjaga Keselamatan Negara



            Pada Disember 2019,World Health Organization (WHO) telah mengetahui Covid-19 yang telah berjangkit hampir ke seluruh dunia sebagai wabak yang membahayakan kesihatan manusia yang juga boleh membahawa maut dan menyebabkan berlaku pandemik yang membolehkan rakyat berada di dalam rumah. Wabak Covid 19 Sehingga kini masih berleluasa dan menjadi ancaman utama dunia. Kesihatan dan keselamatan persekitaran adalah dua aspek yang perlu diutamakan.Keselamatan adalah sebagai keadaan bahaya yang mendorong kepada kehilangan nyawa. Manakala keselamatan persekitaran merupakan satu keadaan yang menyebabkan persekitaran manusia yang berada dalam keadaan selamat dan terjamin bagi meneruskan kehidupan yang sihat dan selamat. Jelasnya, keselamatan persekitaran adalah penting bagi melindungi risiko dan bahaya untuk kesejahteraan kesihatan.

               Oleh itu, Penjagaan keselamatan masyarakat awam begitu penting dilakukan oleh kumpulan petugas barisan hadapan (frontliner) antaranya pekerja di hospital, klinik dan anggota keselamatan bagi membasmi penularan wabak COVID19 juga adalah satu pengorbanan dan ‘pertempuran’ yang cukup besar. Melihat kecekalan petugas kesihatan memakai sut perlindungan diri (PPE) yang panas dan cukup merimaskan sepanjang hari, bahkan turut tular di media sosial anggota polis yang bertahan dalam basah kuyup ketika hujan ribut demi melaksanakan tugas memantau sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan keikhlasan mereka yang sanggup merisikokan nyawa dan keselamatan diri demi kepentingan awam. Ketika orang ramai kekal bersama keluarga di rumah, ada yang perlu berkorban masa demi berkhidmat untuk negara susulan penularan wabak COVID-19. Ibarat seorang wira, maka menjadi tangungjawab setiap umat Islam untuk menghargai jasa baik mereka dengan turut bersama-sama berperang bagi mengekang rantaian penularan wabak ini. Hal ini menunjukkan jihad yang dilakukan oleh barisan hadapan kita ialah jihad nyawa dan tenaga ianya merupakan jihad yang paling tinggi dalam Islam kerana melalui pengorbanan jiwa dan raga untuk agama Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Surah al-An'am, ayat 82).

2.    Memperjuangkan masa


  



          Covid-19 dikesan pada December 2020, sejak dari itu barisan hadapan seperti pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan  Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan agensi-agensi kerajaan berkaitan yang terlibat sudah sibuk berkorban masa untuk mengawal keadaan sepanjang wujudnya penularan wabak COVID-19 ini. Ketika, orang ramai kekal bersama-sama ahli keluarga di rumah para pejuang negara kita sanggup menghabiskan masa mereka seharian untuk membantu merawat pesakit, mengawal rakyat sekeliling untuk tidak melanggar arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

               Nasionalisme itu satu semangat.Oleh itu, pengorbanan  tenaga, masa yang sedang dikorbankan oleh Petugas Barisan Hadapan juga boleh menimbulkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat supaya dapat bertanggungjawab terhadap keadaan yang dialami oleh negara kita. Melalui aspek itu juga, ia mampu mewujudkan semangat yang dapat melahirkan satu identiti baharu bagi negara yang sedang mengalami jangkitan wabak 

COVID-19 yang membahayakan kesihatan manusia. Aspek penting yang terkandung dalam nasionalisme ialah patriotisme, iaitu perasaan cinta kepada tanah air.


 3.    Menjaga nama negara dan agama



 

             Pasukan barisan hadapan merupakan contoh yang perlu dibanggakan kerana mereka memperrjuangkan dan mengambil risiko untuk berhadapan dengan wabak COVID-19. Tanpa mereka,  negara tidak mampu untuk mengawal wabak itu untuk tidak terus menular. Hal ini menunjukkan bahawa negara kita mempunyai nilai kemasyarakatan yang baik kerana mempunyai barisan hadapan dan pemimpin yang bertanggungjawab untuk menangani masalah yang di hadapi oleh negara. Walaupun pasukan barisan hadapan sibuk bekerja, mereka tidak melupakan tuntutan agama masing-masing untuk terus berdoa dan beribadah. Sebagai contoh, perdana menteri iaitu YAB Tan Sri Dato ’Haji Muhyiddin bin Haji Mohd.  Yassin mengingati seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa meminta pertolongan dari Tuhan agar wabak ini berjaya dihapuskan.  Selain itu, para menteri hal ehwal agama Malaysia memilih isu-isu berkaitan keagamaan seperti aktiviti beribadah di masjid, gereja, kuil dan semua tempat beribadah yang terlibat.  Para menteri masih memberi peluang untuk tempat beribadah terus beroperasi secara langsung dalam peringkat-peringkat sebagai contoh pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama kali dijalankan, pusat ibadah tidak boleh digunakan seperti biasa hanya ahli jawatankuasa yang hanya boleh menjalakan aktiviti keagamaan dalamnya sehingga Perintah Kawalan Pergerakkan  Bersyarat (PKPB) dilaksanakan barulah rakyat Malaysia dapat menjalankan aktiviti beribadah di masjid dan tempat beribadah yang lain.


4. Mengutamakan kesihatan

 


اغتنمْ خمسًا قبل خمسٍ شبابَك قبل هرمكَ وصحتَك قبل سَقمِكَ وغناكَ قبل فقرِك وفراغَك قبل شغلِك وحياتَكَ قبل موتِكَ

“Gunakanlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; Masa mudamu sebelum masa tuamu, kesihatanmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum waktu sibukmu, masa kayamu sebelum masa kefakiranmu, masa hidupmu sebelum kematianmu.”

(Riwayat al-Hakim)

 

Hadis diatas berkaitan dengan mengutamakan kesihatan .Setiap agama menekankan kita untuk menjaga kesihatan dan kebersihan. Dikala wabak COVID-19 yang sedang melanda di seluruh negara, para barisan hadapan lah yang bertungkus lumus untuk memastikan semua rakyat untuk menjaga kebersihan demi kesihatan semua. Wabak boleh berjangkit sekiranya tidak dicegah dari awal. Oleh itu, para barisan hadapan sentiasa mengingatkan masyarakat untuk menjaga penjarakkan sosial, memakai pelitup muka, memakai hand-sanitizer dan tidak mengadakan sebarang aktiviti keramaian. Tanpa kawalan dan perhatian dari pihak atasan orang ramai tidak akan memandang serius terhadap perkara yang akan berlaku sekiranya tidak mematuhi arahan yang telah ditetapkan. Sebagai permulaan kerajaan telah menganjurkan Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya memperjuangkan pemberian suntikan vaksin pneumokokal untuk kanak-kanak dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada1Disember 2020 walaupun mempunyai kekangan kewangan semasa Pandemik Covid-19, mereka telah mencuba memberikan keutamaan kepada kesihatan rakyat demi negara.


5. Menjaga kebajikan rakyat





                  Pada era Jangkitan wabak ini, pelbagai masalah telah berlaku kepada rakyat yang terutamanya, dari Segi kewangan yang tidak mencukupi kerana rama rakyat telah kehilamgan pekerjaan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama tetapi sebelum pilih dari kesusah tersebut Pula, kes Covid-19 telah meningkat sehingga menjejak 5000 kes sehari dan kerajaan telah mengumumkan lagi PKP fasa kedua..Oleh itu, Aspen Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang amat penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Contohnya, kerajaan juga memberikan Bantuan Prihatin Nasional(BPN)  untuk mengurangkan beban kewangan yang telah dialami Oleh rakyat yang terkesan dalam COVID-19 dan BSH pula, menyalurkan RM21 bilion ringgit kepada 10.6 juta penerima di Malaysia. Selain itu, kerajaan jugs telah memperkenal  Bantuan. Prihatin Rakyat (BPR) 2021 , kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik seperti, isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000, Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2, isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 ringgit, Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan bukan sekadar itu sahaja kerajaan juga mengubah Had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.




KESIMPULAN 

               Kesimpulannya , Jangkitan wabak Covid-19 telah pun mengegarkan satu dunia dan kerajaan pelbagai negara juga memperkenalkan pelbagai cara bagi mengelakkan wabak tersebut terus berjangkit. Contoh nya, pelbagai negara dalam dunia telah mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya rakyat terus beradabdi rumah dengan menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Oleh itu,  Kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Kita perlu menghargai pengorbanan Petugas barisan hadapan (Frontliner) terutamanya dengan, berada di rumah dalam usaha menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19 negara Kita. Rakyat juga mesti mendisiplinkan diri dengan melaksanakan dan mematuhi SOP yang ditetapkan Oleh  kerajaan  dengan sebaik mungkin dan tidak mengambil mudah tentang SOP yang digariskan.

               Kita perlu diingatkan Matlamat dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19 adalah satu proses yang sangat panjang. Dunia kita tidak akan bertemu dengan penyelesaian seandainya masing-masing terlalu mementingkan untuk menegakkan benang basah masing-masing. Dengan itu, setiap individu perlu sedaran diri untuk menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan  yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa dengan melaksanakan tanggungjawab masing-masing di sekatan jalan raya yang dibuat untuk memeriksa setiap kenderaan yang melalui kawasan tersebut, Kali tangan kementerian kesihatan yang sedang merawat pesakit Covid-19, Pasukan pembersih serta Penghantar makanan kepada rakyat seperti “Food Panda” “Grab Food” dan sebagainya. 



CONTOH PENGHARGAAN YANG TELAH DILAKUKAN

Datuk Radzuan Radziwill, pereka fesyen yang terkenal membuat projek amal menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan di hospital. Beliau jugak dapat menyiapkan 50 pasang jubah PPE sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.

 Ahli -ahli parlimen telah mengambil kesempatan until menyampaikan “Terima Kasih” melalui rakaman sebagai Tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas semasa PKP untuk memutuskan rantaian Covid-19.



 Sebagai Tanda sokongan dan penghargaan kepada petugas barisan hadapan (Frontliner) Menara TH di Kuala Lumpur telah menyalakan cahaya biru sempena Program Light it Blue. Warna biru merupakan warna rasmi bidang perubatan yang membawa maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus.




CADANGAN

1. Melaksanakan Ujian Saringan Psikologi

   Proses Saringan Psikologi perlu dijalan kepada petugas barisan hadapan supaya dapat mengetahui keadaan mental mereka dan memastikan tugasan melawan wabak Covid-19  yang mereka lakukan memberi tekanan diri yang teruk sehingga mengalami kemurungan diri. kesihatan mental adalah amat penting kepada seseorang manusia dan ia jugak dimaksudkan sebagai kebolehan seseorang bebas daripada gangguan emosi.


2. Mengambil Pekerja di Hospital

 Kerajaan juga perlu, mengambil pekerja untuk bekerja di hospital supaya dapat mengelakkan kekurangan petugas yang menguruskan pesakit yang tidak terlibat dengan Covid-19. Jika jururawat yang menjaga pesakit Covid-19 dan pesakit biasa ,ia boleh menyebabkan jururawat sendiri boleh dijangkiti wabak tersebut dan Kita tidak dapat mengetahui status jangkitan pesakit biasa.


3. Melaksanakan SOP dengan baik

Masyarakat juga perlu melaksanakan SOP yang telah ditetapkan Oleh kerajaan sebagai tanggungjawab rakyat. Rakyat jugak dapat mengelakkan diri daripada wabak Covid-19. Seperti:

· Jarak Fizikal 1 meter



· Sentiasa mengsanitasikan tangan



· Memakai pelitup Muka dengan betul



· Scan applikasi MySejahtera



4. Memberi keutamaan kepada Petugas Barisan Hadapan

 Rakyat dan kerajaan jugak bertanggungjawab dalam memberikan keutamaan kepada Petugas Barisan Hadapan seperti, kakitangan kerajaan, pekerja Penghantar makanan (Food Panda), Grab Food) dan sebagainya dengan memberikan vaksinasi, dan semasa membeli barangan di pasar Raya.


5. Menyediakan makanan dan minuman percuma 

Kerajaan perlu menyediakan makanan dan minuman percuma kepada polis, renters yang menjaga sekatan jalan Raya yang bekerja siang malam untuk memutuskan rantaian Covid-19 dan juga petugas di hospital termasuk pengawal keselamatan dan pembersih yang perurusan dengan pesakit dan berhubungan rapat dengan Pesakit Covid-19.




  “ KITA BERSAMA- SAMA MEMUTUSKAN RANTAIAN COVID- 19 ”

                                        “ TERIMA KASIH ”






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.3 Konsep Keluhuran Perlembagaan

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU