PENGAGIHAN KUASA PUSAT DESENTRALISASI (1920-1941)

PENGAGIHAN KUASA PUSAT DESENTRALISASI (1920-1941)

Maksud pengagihan kuasa pusat (desentralisasi ) ialah  kuasa- kuasa utama berkaitan pentadbiran ,sumber kewangan dan perkhidmatan yang dikuasai oleh kerajaan pusat dikembalikan kepada kerajaan masing - masing .

  • Desentralisasi berpunca daripada bantahan Sultan Idris dari Perak dalamdalam persidangan DURBAR pada tahun 1903 tentang pemusatan kuasa Residen Jeneral terhadap urusan pentadbiran kerajaan NNMB tanpa menerima pandangan Sultan /Raja dan Pembesar negeri
  •  Dasar ini bertujuan melonggarkan kawalan Residen Jeneral dan kerajaan pusat Majlis Mesyuarat Negeri serta mengembalikan setengah daripada kuasa kerajaan persekutuaan kepada negeri 
  • Pihak British ingin menyatukan menyatukan Negeri Negeri Melayu keseluruhannya yang sebelum ini terdiri daripada kawasan politik iaitu Negeri- Negeri Melayu Bersekutu , Negeri negeri Melayu Tidak Bersekutu Dan Negeri - Negeri Selat 
  • Kerajaan British berhasrat mengurangkan perbelanjaan pentadbiran terutamanya semasa kemelesetan dunia pada tahun 


JEPUN 

  • Perang Dunia Kedua bermula di Eropah apabila tentera Nazi Jerman memyerang Poland pada Setember 1939. 
  • Seterusnya Jerman berjaya menakluki Belanda dan Perancis 




  • Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan mendarat di pantai Padang Pak Amat , Kota Baharu pada 8 Disember 1941 dan menyebabkan British terpaksa mengundur diri.
  •  .Tentera Jepun menawan lapangan terbang Kota Baharu dan setelah mendarat di sana tentera Jepun berpecah kepada dua bahagian .Sebahgian tentera Jepun bergerak ke Panitai Timur dan sebahagian lagi ke Selatan .
  •  Jepun juga menyerang Singapura ,Hong Kong dan Pearl Habour di Amerika Syarikat melalui jalan udara .
  • Pertahanan laut Brititsh menjadi lemah , terutamanya apabila kapal tentera laut British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse telah dibom oleh tentera Jepun .
  •  Jepun juga mengebom Pulau Pinang dan menguasai Jitra Alor Star .
  • British mengambil keputusan untuk mengundurkan diri ke selatan .
  • Sarawak berjaya ditawan oleh Jepun pada 16 Disember 1941 dan Sabah pula berjaya ditawan sepenuhnye oleh Jepun pada awal Mei 1942 .





KESAN PENDUDUK JEPUN

 Penduduk Jepun memberi kesan positif dan negatif terhadap penduduk Tanah Melayu dari pelbagai aspek sperti :

                              ASPEK                                                                 KESAN
 Ekonomi 
  • Pemerintahan Jepun mengambil alih semua kegiatan ekonomi yang dahulunya dikuasai pengusaha Eropah dan orang Cina 
  • Penduduk menderita kerana makanan yang tidak mencukupi dan harga barangan keperluan melambung tinggi 
  • Barangan utama seperti beras dikenakan kawalan yang ketat melalui permit khas 
  • Perusahaan biji timah dan merosot dan terhenti disebabkan kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di lombomg , ladang dan kilang 

 Dasar Diskriminasi Kaum 
  •  Jepun memberi layanan yang baik kepada org melayu sebagai usaha menarik sokongan Raja -Raja Melayu 
  • Pemerintahan Jepun memberikan peluang kepada pemimpin Melayu untuk memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun 
  • Orang India memberi layanan yang baik daripada Jepun kerana kerjasama orang India diperlukan umtuk mengusir British di India 
  • Dasar diskriminasi menimbulkan kebencian syak wasangka orang Cina terhadap orang Melayu .

 Sosial 
  • Jepun mengamalkan dasar penjajaran budaya dan memaksa pendududuk tempatan mempelajari bahasa Jepun ,Bahsasa Jepun dijadikan Bahasa perantaraan bagi menggantikan bahasa Inggeris 
  • Penduduk tempatan hidup dalam ketakutan dan menderita . Perasaan curiga antara satu kaum dengan kaum yang lain timbul akibat dasar diskriminasi Jepun 
  • Pemuda yang ditangkap oleh tentera Jepun dijadikan sebagai buruh paksa untuk membina landasan kereta api merentasi hutan yang menghubungkan Siam dan Burma .Ramai yang mati akibat penyakit dan kebuluran 
  • Akibat keganasan kempeitai (polis jepun) ramai penduduk terutamanya orang Cina melarikan diri ke pinggir hutan 
 Politik 
  • Kemerosoton ekonomi ekomi dan kekejaman Jepun menimbulkan kesedaran kepada penduduk untuk tidak dijajah dan mencapai kemerdekaan 
  • Orang melayu yang mendapat peluang dan pengalaman dalam bidang pentadbiran yakin bahawa mereka mentadbir negara sendiri 
  • Penduduk tempatan sedar dengan kelemahan kuasa pihak British apabila dikalahkn oleh orang asia 
  • Kaum Cina pula menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). PKM menubuhkan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang juga dikenali sebagai " Bintang Tiga ) yang dianggap sebagai gerakan yang mewakili semua kaum ( melembangkan tiga kaum utama )  




GERAKAN KOMUNIS DI TANAH TANAH MELAYU 

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun pada tahun 1930 atas pertubuhan Komunis Antarabangsa yang dipengaruhi oleh Rusia .Tujuannya adalah untuk pembentukan PKM adalah untuk membentuk negara komunis di tanah melayu dan orang india namun PKM cuma mendapat sokongan orang cina kerana permusuhan antara Cina dan India .PKM mengatur strategi dan menubuhkan Malyan People Anti Japanese Army (MPAJA). 



     Pihak British menduduki semula Tanah Melayu selepas Jepun mengaku kalah ,PKM melalui MPAJA dari tempat persembunyian dan merampas senjata tentera Jepun dan tentera kebangsaan India .Mereka menimbulkan hura -hara dan menguasai Tanah Melayu . 



DISEDIAKAN OLEH : NAJAH NUR ATIKAH






Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.3 Konsep Keluhuran Perlembagaan

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU